Muffin.


Hi ! So tadi aku ada buat blueberry muffin, buat sendiri-sendiri tiada pun yang bantu sob sob. Haha takpa. Sudah berapa hari cuti barulah ada masa mau baking something ni, and this time i'll be sharing how to do it. For you gegirls (.n_n)v tehee~ 


Memandangkan aku ni jenis suka benda yang simple, senang & murah jadi aku rasa mesti ramai yang boleh relate dengan post ni. Sebab super senang, like no fuss at all. Lucky you guys aku rajin harini share cara buat  blueberry muffin ni.


Sediakan lah bekas, aku ni memang sudah ada satu set dengan pengisar(mom loves me baking she bought me this haha). Ini memang blueberry muffin punya tepung, kalau area Tawau ni ada dekat Home Bakery sebaris dengan Oldtown tu. Aku selalu beli situ lah sebab dekat sikit dengan rumah hehe.


Lepastu campur 3 biji telur. 


Lepastu 110ml of dutchlady milk, full creme or low-fat its your choice lah kan. Tapi aku guna full creme lah baru best. Sukatan tu lebih sikit pun takpa lah mungkin sebab kalau aku buat aku main hantam ja. Oh ya kalau tiada susu pun guna air suam pun boleh. Easy maa~ 


Campur lagi 140ml of corn oil. Tapi kalau tiada corn oil minyak masak pun takpa. Haha aku sudah try semua, sama ja sebenarnya buat susah-susah lagi beli minyak jagung kan. See i suka yang simple-simple mah. Kekeke~


Lepas tu kisar lah.


Lepas siap isi lah dalam muffin cup atau muffin tray. Isi setengah ja sebab kalau isi penuh nanti muntah pulak muffin tu masa dibakar. Bagus-bagus blueberry muffin, jadi muffin muntah lah pulak.


Jangan lupa preheat oven tu 5minit nanti meletup nda tanggung eh. Jangan hairan kalau tengah dibakar dia warna krim, nanti sudah siap jadi dark-brown, memang begitu ya anak-anak. Bakar dalam 180'C dalam masa 30 minit. *kalau mahu tengok muffin tu sudah masak tau belum, ambil garfu cucuk tengah-tengah muffin tu, kalau dia masih melekat maksudnya belum masak, kalau tak melekat maksudnya boleh makan lah tu.


Aku rasa macam tak patut pulak bagitau cara buat sebab memang senang gila-gila haha. Kos buat pun RM20++ seja. 


You Might Also Like

0 comments