Aiskrim Oreo (Homemade)

Greeting Text

Hi. 


Sementara ada masa lapang ni (padahal hari-hari pun free), aku mahu kongsikan resipi aiskrim oreo aku buat sendiri di rumah. Rasanya serius macam McFlurry Oreo McD, mungkin sedap lagi aku buat. LOL


Awalnya mama aku yang request suruh aku buat aiskrim ni. Tidakkah dia tahu aku ni bukannya suka sangat dengan aiskrim apatah lagi tahu cara membuatnya. Tapi aku gigih juga cari resipi aiskrim paling senang di internet. Jadi terima kasih siapa yang kongsi resepi tu :-)


Senang tahap budak tadika pun boleh buat.




Bahan-bahan:

-1/2 tin susu pekat (boleh adjust ikut suka)
- 1  1/2 gelas susu segar (boleh juga guna susu cair tapi susu segar lebih sedap)
-1 sudu ovalet (boleh dapat di kedai kek)
-sedikit esen vanila
-biskut oreo 


 Campurkan susu pekat, susu segar, esen vanila & ovalett. Pukul sampai kembang (dalam 5 minit lah). Pandai-pandai lah adjust rasa ikut citarasa sendiri. 


Oreo tu dihancurkan. Aku tak asingkan krim oreo tu, aku campur sekali sebab macam sayang pula tak pakai. Lagi banyak oreo lagi sedap. Pastikan masa hancurkan tu lesung semua bebas bekas lada atau udang kering ok. 


Mix sampai sebati.


Gaul rata lepastu letak freezer. Before


After.



Kalau menjadi bagitahu aku. Kalau tak menjadi bagitahu aku jugak. HAHA


Selamat mencuba.


You Might Also Like

0 comments