Pentingkan diri



Kita semua mahu ada tempat di syurga nanti. Kita mahu ibu bapa kita masuk syurga, kawan-kawan kita, in fact kita mahu semua Muslim masuk syurga. Tak kira lah jahat mana pun kita, kita semua mahu pengakhiran yang baik, jannah Allah. 


Dulu aku tak seberapa ambil berat pasal aurat. Tudung pun pendek, suka tarik lengan baju sampai dekat siku, pakai skinny jeans. 
That sort of thing. 


Memang dulu tak kisah soal aurat sebab masa tu kurang ilmu lagi. Sampailah aku dengan kawan-kawan sepesen dengan aku ni mula ambil berat pasal aurat kami. Aurat tu sebenarnya aib kita. Macam-macam fitnah boleh jadi sebab aurat kita. 


Jadi sejak tahun lalu aku mula cari balik gambar-gambar lama di laman sosial dan aku padam yang mana tak tutup aurat. Aku minta tolong kawan padam gambar aku tak tutup aurat. Itupun aku berharap aku tak ada lupa mana-mana sumber yang masih simpan gambar aku. 


And then it hit me. 


Selama ni aku berusaha keras jaga aib diri sendiri, tapi aib orang lain aku tak jagakan pun. I mean, I do upload picture of others with wrist up to elbow area exposed, sometimes nampak leher or kaki. 


Kalau kita tak mahu share aib kita, kenapa pulak kita mahu share aib orang lain? Mungkin dia tak kisah sangat kita share aurat dia tapi apa hak kita? Mana tahu esok lusa dia lagi maju setapak berhijrah berniqab daripada kita. Mana tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim kepada Muslim? 


Lagi-lagi orang lain tu ialah keluarga kita sendiri, kawan rapat kita sendiri. Di akhirat nanti kita kena tanya kenapa tak tolong tutup aib saudara sendiri kita mahu jawab apa depan Allah? Nanti mulut kita sudah tertutup tak boleh jawab apa lepastu tangan kita jawab, "Ya Allah hambaMu ini pentingkan dirinya, dia cuma tutup aibnya sahaja tapi biarkan aib saudaranya sendiri'. Allahu....aku tak mahu! 


If we trully love each other, truly want jannah together, then shouldn't we protect each other? 


Lepasni tekad tak mahu lagi ada saham share aib orang lain. Aku tak mahu lah jadi orang yang pentingkan diri lagi. Sebab aku sayang keluarga, kawan-kawan dan semua yang lain. Dan aku betul mahu jannah sama-sama. Harap-harap lepas ini siapa yang tengok aku tershare atau tersasar dari landasan yang benar, harap boleh tegur.



P/s: aku ni bukannya baik mana pun tapi sebab aku tak baik lah aku cuba untuk jadi baik. 

You Might Also Like

0 comments