18



Assalamualaikum
Hari ini, tarikh ini, ialah hari dimana semua orang doakan yang baik-baik. Hari dimana aku ialah karakter utama. Hari dimana seisi keluarga tersenyum gembira. Hari dimana kakak dan abangku mendapat seorang adik.


Hari ini, tarikh ini, ialah hari dimana nyawa aku menjadi seketul daging yang terzahirkan, segumpal darah yang baru bersedia berdegup seperti organ lain di badan.


Dan tahun ini, aku memilih untuk mengingati ibuku.


Hari ini, tarikh ini, ialah hari dia terputus urat. Hari dia terobek daging tercarik kulit. Hari dia berpancut darah, dijahit berkali-kali sampai berparut hingga kini. Hari dia meletakkan nyawanya sebagai nombor dua demi mengeluarkan aku ke dunia yang fana ini. Pada hari lahirnya aku, nyawanya memilih untuk mendahulukan aku. 


Seharusnya aku yang berterima kasih kepada mama sebab sudi bergelut nyawa untuk aku. Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang, aku menjadi anak yang terbaik untuk abah dan mak. Allahumma Amin...


Sejujurnya antara kami adik-beradik, melahirkan aku adalah yang paling susah sekali. Kalau dibandingkan dengan abang dan kakak yang dilahirkan seperti biasa, aku dilahirkan secara pembedahan. Selepas dilahirkan, ditakdirkan aku ada sakit lagi yang menyebabkan abah dan mak terpaksa berulang-alik ke hospital selama seminggu lebih. Sungguh besar pengorbanan ibu bapa kita semata-mata untuk membawa kita melihat dunia ini. 


Terima kasih semua doanya, sungguh aku perlukan setiap satunya. 


Akhir sekali, selamat hari lahir yang ke 18 Farrah...semoga sentiasa sihat sejahtera hendaknya, dikurniakan kecerdasan akal & sentiasa istiqomah di jalan Allah :-)


You Might Also Like

0 comments