Kita dan Kejam Kita

Greeting Text

Memanglah cara nahi mungkar tu ada tiga, pertama dengan tangan atau kuasa, kedua dengan mulut dan ketiga ialah serendah-rendah iman dengan cukup membenci perbuatan itu. Tapi yang kedua tu yang paling common sampai lahir banyak versi.


Contohnya berlaku kes samun dan orang kampung berkerumun pukul lelaki itu sampai mati. Betul, orang kampung itu salah membunuh penyamun tadi sebab menghukum penyamun tadi bukan hak mereka. Tapi kita ni pula sibuk jadi keyboard warrior dengan teori-teori keadilan perlu ada di negara ini dan what-so-ever, padahal kita tak ada di tempat kejadian, padahal kita cuma tahu cerita tu dari news feed facebook dan paling teruk padahal kita cuma mahu dianggap paling betul paling adil paling alim paling prihatin dalam isu itu. 


Betul, orang kampung itu salah membunuh penyamun itu tadi. Tapi cuba tanya diri kita, sudah berapa ramai orang yang kita bunuh dengan kata-kata kita selama ini? Sudah berapa lama mereka mati? Apa mereka masih sanggup maafkan kita?


(aku pun termasuklah jugak...Ya Allah bukakanlah pintu hati orang-orang yang aku pernah, telah dan sedang sakiti selama ini untuk memaafkan aku...T-T) 


Lidah ni lebih tajam dari mata pedang. Pembetulan: Lidah ini sebenarnya ialah mata pedang yang tajam. 


Kita, ada hati. 






You Might Also Like

0 comments